Warga emas terima 7 jahitan, ditumbuk anak sendiri

Warga emas terima 7 jahitan, ditumbuk anak sendiri

Menurut polis, suspek marah dan memukul mangsa apabila diminta beralih dari tempat duduknya.

old-puch
YAN: Seorang warga emas berusia 71 tahun menerima 7 jahitan pada keningnya selepas ditumbuk anaknya dalam kejadian di sebuah kampung di Sungai Limau 3 hari lalu.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata dalam kejadian 4.40 petang Rabu itu, mangsa dikatakan mahu keluar dari rumah menerusi pintu belakang untuk memberi makan ayam peliharaannya.

“Anak mangsa berusia 38 tahun yang ketika itu sedang duduk di situ tidak berpuas hati dan marah apabila bapanya meminta dia beralih dari situ lalu bertindak memukul muka mangsa.

“Mangsa yang tidak melawan mengalami kecederaan pada bahagian kening sebelah kanan lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya suspek ditahan pada 11.00 malam hari sama dan ujian air saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu juga positif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.