‘Saya anak paling nakal tapi sayang ayah’

‘Saya anak paling nakal tapi sayang ayah’

Ketua Pemuda Umno ulas persepsi segelintir pihak yang mendakwa beliau tidak sehaluan dengan Presiden Zahid Hamidi.

Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh berkata beliau tidak sanggup melihat Umno ‘ditipu dan dimomokkan dengan perkara tidak betul’.
KUALA LUMPUR:
Dr Akmal Saleh menegaskan pendiriannya yang sering dilihat tidak sehaluan dengan kepimpinan bukan berpunca akibat kepentingan peribadi sebaliknya didorong rasa tanggungjawab dan kasih terhadap Umno.

Ketua Pemuda Umno berkata, beliau ibarat ‘anak yang paling nakal’ namun hakikatnya adalah insan paling menyayangi bapa kerana tidak sanggup melihat parti itu ‘ditipu dan dimomokkan dengan perkara tidak betul’.

“Tapi apa yang penting apabila ketika kita berkuasa, kita ada tanggungjawab menentukan hala tuju parti. Umno mesti bangkit kembali berada di persadanya. Itu sahaja.

“Saya tahu kadang-kadang ada yang persenda, ada yang serang. Saya nak beritahu saya tak kisah pun. Sebab itu dari tahun pertama saya jadi ketua Pemuda…sayang, komited nak kuatkan Umno, jangan sembang nak cakap dekat luar.

“Nak kuatkan Umno tapi kita mesti kita kuatkan dari dalam,’ katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Akmal merujuk persepsi segelintir pihak yang mendakwa beliau tidak sehaluan dengan Presiden Umno Zahid Hamidi.

Sementara itu, Akmal berkata pihaknya sejak awal konsisten untuk bersatu bawah satu bumbung dalam usaha mengajak ahli dan penyokong kembali bersama Umno.

“Tahun pertama kita marah, tahun kedua mungkin kita marah, tapi kurang, dan Alhamdulillah tahun ketiga, apabila presiden mengumumkan Umno buka pintu.

“Kalau nak ikutkan, saya nak beritahu bukan tuan-tuan yang patut sakit hati. Patutnya presiden paling sakit hati kerana ada orang cakap macam-macam…ada yang buat podcast,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.