Kes cabul: Mahkamah tolak lanjut reman pembantu Adun DAP

Kes cabul: Mahkamah tolak lanjut reman pembantu Adun DAP

Pembantu berusia 50 tahun, yang juga bekas majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang, ditahan kelmain dan direman selama 2 hari, dibebaskan hari ini.

adun-dap-cabul
GEORGE TOWN: Mahkamah menolak permohonan untuk melanjutkan tahanan reman ke atas seorang pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP yang didakwa mencabul seorang pelajar kolej berusia 21 tahun awal bulan ini.

Dia dibebaskan hari ini.

Pembantu berusia 50 tahun itu, juga bekas ahli majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang, ditahan Khamis lalu dan direman selama 2 hari. Tahanan reman ke atas dia berakhir hari ini.

Kejadian itu dikatakan berlaku di tempat letak kereta di sebuah pusat hiburan di Lebuh Beach pada waktu malam 6 Julai lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut polis Pulau Pinang menyiasat dakwaan seorang bekas ahli majlis perbandaran mencabul seorang wanita yang baru memulakan tugas sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Beach.

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.

Sumber berkata lelaki itu yang dalam keadaan mabuk membawa wanita tersebut ke kawasan letak kereta, memeluk dan menciumnya, sebelum memaksanya melakukan seks oral.

Wanita terbabit enggan menuruti kemahuan lelaki itu, sebaliknya merasa “terkejut, takut dan menangis”.

Pelayan wanita dakwa dicabul pegawai khas Adun

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.