
Ekoran tindakan ganas itu, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan senjata renjat M26C tetapi tidak berkesan sehinggalah lelaki berusia 30-an itu melarikan diri ke dalam hutan.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata sebelum kejadia, lelaki terbabit dilihat mengalami gangguan emosi dan cuba mengugut kedua-dua ibu bapanya yang berusia 80-an bagi mendapatkan wang. Dia bertambah marah apabila permintaannya tidak dilayan.
Zamri berkata suspek yang berang menuduh mangsa tidak melayani permohonan wang BRIM yang dipohonnya sebelum ini, hingga mengambil tindakan menetak bahagian belakang kereta Proton Wira kepunyaan mangsa.
“Walaupun 4 tembakan dilepaskan ke atas tubuh mangsa termasuk pancutan air oleh pasukan bomba yang datang membantu, suspek masih tidak dapat ditangkap tetapi sebaliknya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Katanya, suspek mempunyai 3 kesalahan lampau termasuk Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan pihak polis meneruskan usaha untuk memberkas suspek hari ini selepas memberhentikan operasi menjelang berbuka puasa semalam.