Lelaki 57 tahun ditahan fitnah Adenan Satem

Lelaki 57 tahun ditahan fitnah Adenan Satem

Sebanyak 13 laporan polis dibuat di 8 daerah terhadap 4 pemegang akaun Facebook yang didakwa membuat catatan berbentuk fitnah ke atas Adenan dan siasatan masih berjalan.

Dev-Kumar_polis_600
KUCHING:
Polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun yang disyaki mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek ditahan pada jam 12.05 tengah malam tadi oleh JSJ Kuching di kediamannya di RPR Landeh Kuching.

“Telefon bimbit suspek dirampas bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat pagi ini, 13 laporan polis dibuat di 8 daerah terhadap 4 pemegang akaun Facebook yang didakwa membuat catatan berbentuk fitnah dan siasatan masih berjalan.

“Kami sedang memantau laman media sosial dan tidak akan teragak-agak menahan sesiapa yang membuat catatan fitnah atau komen berbentuk hasutan terhadap ketua menteri atau sesiapapun,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.