Sekat aktiviti pembalakan, 32 Orang Asli ditahan

Sekat aktiviti pembalakan, 32 Orang Asli ditahan

Persatuan itu mendakwa arahan tangkapan dibuat pihak kerajaan negeri yang sebelum ini mendakwa ia kerugi an hampir RM500 juta susulan sekatan dilakukan Orang Asli.

joas-1
PETALING JAYA:
Persatuan Orang Asli mendakwa penahahan lebih 32 Orang Asli di Gua Musang oleh Polis Gerakan Am (PGA) susulan tindakan menghalang kontraktor mengeluarkan balak dari kawasan terbabit adalah arahan daripada kerajaan negeri.

Menurut Setiausaha Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Nasir Dollah yang menerima berita penahanan itu tengah hari tadi, ia berdasarkan kenyataan kerajaan negeri yang mendakwa ia kerugian hampir RM500 juta susulan sekatan itu.

“Saya berpendapat arahan ini daripada kerajaan negeri, sebab mereka kata rugi hampir RM500 juta untuk aktiviti pembalakan,” katanya.

Kata Nasir, setakat ini 32 Orang Asli ditahan di tapak pembalakan Simpang Petei, termasuk Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along.

“Semalam polis datang ke tapak sekatan dan memberi surat perintah mahkamah yang memohon Orang Asli datang ke Mahkamah Gua Musang pada 19 Disember 2016 dan juga meminta komuniti itu menandatangani surat tersebut namun mereka enggan,” katanya kepada FMT hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu pembalakan berhampiran kawasan penempatan Orang Asli di Gua Musang dapat diselesaikan dengan baik, jika tiada dalang menghasut masyarakat itu.

Pada 3 Oktober lalu, kerajaan negeri mengeluarkan arahan menangguhkan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang selepas lebih 200 penduduk Orang Asli membuat sekatan menghalang laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering, di Gua Musang sejak 26 September lalu.

Kumpulan terbabit menggesa semua aktiviti pembalakan di HKS Balah berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mendakwa ia merosakkan alam sekitar dan kepupusan hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.

Isu pembalakan boleh selesai tanpa dalang hasut Orang Asli, kata Amar

Persatuan bidas tanah adat Orang Asli jadi ‘supermarket’ penduduk bandar

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.