MCA tentang RUU Hadi kerana ia tidak berperlembagaan

MCA tentang RUU Hadi kerana ia tidak berperlembagaan

Presiden MCA menegaskan penentangan mereka terhadap RUU itu kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, bukan kerana elemen 'Islam'.

liow-tiong-lai_law_600
PETALING JAYA:
MCA hari ini mengeluarkan kenyataan membetulkan “laporan kontras” mengenai pendirian parti itu berhubung pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau yang dikenali sebagai rang undang-undang (RUU) Hadi.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dalam satu kenyataan, bangkangan parti terhadap RUU itu tidak ada kena mengena dengan hakikat ia merupakan RUU “Islam”.

“Kami menafikan secara mutlak yang kami menentang enakmen Islam. Ia tidak pernah menjadi agenda kami.

“Akta Mahkamah Syariah 355 wujud selama 51 tahun dan MCA tidak pernah sekali menyentuh mengenai enakmen ini dalam apa jua bentuk atau cara,” katanya.

“Kami tetap tegas menentang sebarang RUU yang bertentangan dengan semangat dan Perlembagaan Persekutuan. Berhubung perkara RUU Hadi, kami menganggapnya berada dalam kedudukan sebegitu.”

Liow berkata kedudukan MCA sebagai parti komponen Barisan Nasional, tidak pernah berubah sejak isu itu timbul dan beliau ingin “menjelaskan yang kami tidak akan melayan sebarang spekulasi lagi mengenai perkara ini”.

MCA akan bantah RUU Hadi, kata Liow

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.