Menteri nafi format UPSR kerap berubah

Menteri nafi format UPSR kerap berubah

Mahdzir Khalid memaklumkan para guru dan pelajar terdedah kepada format yang sama sejak 2011.

mahdzir-upsr
KUALA LUMPUR:
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan kementeriannya kerap menukar format peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Kita tidak selalu menukar format. Terdapat notis untuk memaklumkan kepada orang ramai sejak 2010.

“Guru-guru dan pelajar terdedah kepada format yang sama sejak 2011. Para pelajar melalui sistem itu sejak darjah 1,” kata Mahdzir.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Noraini Ahmad (Umno-Parit Sulong). Soalan ini diajukan ketika sesi soal menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Mahdzir menjelaskan format baru adalah untuk mengalihkan sistem berorientasikan peperiksaan bagi menguji kemahiran berfikir pelajar.

Beliau berkata pelajar dikehendaki menulis lebih banyak esei berbanding menjawab soalan objektif.

Ini kerana pada masa ini terlalu banyak penumpuan kepada pencapaian bilangan A, katanya.

“Format baru melihat kepada psikometrik, penilaian fizikal, aktiviti ko-kurikulum dan penilaian berasaskan sekolah,” katanya.

Terdapat penurunan dalam bilangan pelajar memperoleh semua A iaitu 4,896 murid di bawah format baru 2016.

Tahun lepas, 38,344 pelajar memperoleh semua A di bawah format sebelumnya.

Dalam soalan asal, Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) bertanya langkah-langkah yang akan diambil selepas penurunan keputusan UPSR dari 86% kepada 1.1% pada 2016.

Mahdzir menjelaskan, keperluan minimum diperlukan untuk diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.

“Seseorang murid hanya perlu memperoleh sekurang-kurangnya 3 A dan 3 B termasuk pencapaian akademik dan pentaksiran berasaskan sekolah dijalankan oleh guru,” katanya.

Beliau berkata, pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan mengikut kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

“Mereka perlu memikirkan penyelesaian dan menjelaskannya. Saya akui bilangan pelajar memperoleh A menurun. Gred B, C dan D boleh diterima,” kata Mahdzir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.