Ronnie Liu pengsan dalam lokap akibat tekanan darah tinggi

Ronnie Liu pengsan dalam lokap akibat tekanan darah tinggi

Lim Lip Eng mendakwa ahli keluarga dan peguam cuba menghantar ubat kepada Liu di dalam lokap, tetapi ditolak polis.

Ronnie-Liu_hkl_6001
PETALING JAYA:
Bekas Exco Selangor yang ditahan polis, Ronnie Liu kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas pengsan di dalam lokap akibat tekanan darah tinggi.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng ketika mengesahkan perkara itu kepada Oriental Daily berkata, ahli jawatankuasa DAP Selangor terbabit yang sememangnya menghidap tekanan darah tinggi, diserang penyakit itu di dalam lokap kerana tidak membawa ubat yang sering dimakannya.

Lim mendakwa: “Selepas ditahan, ahli keluarga dan peguam cuba menghantar ubat kepadanya, tetapi ditolak polis. Oleh itu, masalah tekanan darah tinggi menyerang dalam tempoh 24 jam dan perlu dihantar ke hospital.”

Beliau berkata, pemimpin DAP tidak dapat melawat bekas adun Pandamaran itu di HKL semalam kerana wadnya dikawal ketat polis dan mereka akan cuba mencari jalan untuk melawatnya pagi ini.

Liu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kelmarin, kerana disyaki cuba mencetuskan huru-hara menjelang perhimpunan Bersih 5.

Pemimpin DAP, aktivis pelajar ditahan dalam operasi anti-rusuhan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.