Peguam siap sedia bantu penunjuk perasaan yang ditahan

Peguam siap sedia bantu penunjuk perasaan yang ditahan

Hanya perlu sms dan beri butiran orang yang ditahan untuk dapatkan bantuan guaman Badan Peguam

steven-thiru_law_bersih_600
PETALING JAYA:
Badan Peguam akan mengerahkan sekumpulan peguam untuk membantu penunjuk perasaan yang ditahan semasa himpunan Bersih 5 Sabtu ini.

Presidennya Steven Thiru berkata orang awam boleh menghubungi pasukan bantuan mereka di 016-4086264 atau 017-3416239.

Cuma berikan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon orang yang ditahan, serta balai polis yang menahannya.

“Hantar sms ke salah satu daripada nombor itu dengan butiran yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Badan itu juga akan menghantar sekumpulan peguam untuk memantau aksi peserta dan penguatkuasa sepanjang perhimpunan.

Pasukan pemantau akan berada di lapangan untuk memasikan hak berhimpun secara aman dipermudah dan dipromosikan.

Penganjur Bersih 5 mengumumkan himpunan akan diadakan di Kuala Lumpur dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Gabungan reformasi pilihan raya itu mendakwa mereka sudah memenuhi semua syarat yang ditetapkan Akta Perhimpunan Aman termasuk menyerahkan notis 10 hari kepada polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.