
Lubang besar berukuran kira-kira 20 meter (66 kaki) x 15, mendedahkan tiang sokongan bangunan berhampiran persimpangan lalu lintas di bandar selatan Fukuoka, menyebabkan kebimbangan kemungkinan ia runtuh lagi.
Rakaman televisyen menunjukkan 2 lubang berasingan itu semakin membesar apabila ia menyedut asfalt dan tanah di hadapan Stesen Hakata di bandar ini, selepas jam 5 pagi.
“Ia sedikit gelap di luar, dan tanggapan pertama saya adalah, ‘Adakah jalan itu benar-benar runtuh?” kata seorang pemuda yang melihat kejadian lubang itu memberitahu stesen NHK.
“Apabila saya melihatnya, 2 lubang sudah ada, dan ia terus membesar.
“Saya menjadi paling takut apabila lampu isyarat runtuh di persimpangan berhampiran saya berdiri. Saya berasa yang saya perlu keluar dari sini,” katanya
Lubang itu terus membesar dan pada pertengahan pagi, kedalamannya menjadi setinggi bangunan 2 tingkat, dan dipenuhi air daripada paip yang pecah.
Polis, yang mengepung kawasan itu dan mengosongkan bangunan berhampiran berkata tiada sebarang laporan mengenai kecederaan.
Biro Pengangkutan Fukuoka berkata, penyambungan rel bawah tanah berhampiran berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kejadian jalan mendap itu.
Fukuoka adalah bandar terbesar di utama pulau Jepun dan terletak di selatan Kyushu.
Stesen kereta api berkenaan adalah persimpangan utama, termasuk kereta api laju yang melintasi negara itu.