Esscom: Tiada laporan lelaki Jerman diculik Abu Sayyaf

Esscom: Tiada laporan lelaki Jerman diculik Abu Sayyaf

Wan Abdul Bari berkata, Esscom dalam proses mengesahkan atau menyiasat tentang laporan sebuah media nasional yang memetik laporan AP.

culik
LAHAD DATU:
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak menerima laporan kononnya seorang lelaki warga Jerman menjadi mangsa penculikan terbaru kumpulan pengganas Abu Sayyaf, semalam.

Komandernya, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya tidak menerima aduan rasmi atau laporan polis daripada sebarang persatuan kapal layar berhubung dakwaan penculikan seperti yang dilaporkan sebuah media nasional memetik laporan Associated Press (AP).

“Tiada laporan diterima, kami dalam proses mengesahkan atau menyiasat tentang perkara itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebuah media nasional memetik laporan AP yang seorang lelaki warga Jerman, Juegen Kantner dikatakan diculik dan rakan wanitanya ditembak mati, selepas sekumpulan lelaki bersenjata menaiki kapal layar mereka di perairan Malaysia, semalam.

Menurut laporan itu juga, militan Abu Sayyaf mendakwa kejadian itu didalangi anggotanya, manakala tentera Filipina sedang menyiasat kesahihan laporan itu.

Turut dilaporkan, kapal layar itu kali terakhir dilihat di perairan Tambisan, Lahad Datu, minggu lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.