
Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan mangsa ialah lelaki tempatan berusia 61 tahun, Abdul Rahim Abdul Rahman dan wanita Indonesia bernama Nurhayati, 56.
Kedua-dua mangsa yang menaiki kereta Perodua Axia berwarna biru gelap itu terbunuh serta-merta.
Menurut jabatan itu, mereka menerima panggilan pada jam 12.35 tengah hari tadi bagi memaklumkan kejadian di kawasan perindustrian di Jalan Meru itu.

Ini kejadian ke-2 membabitkan jentera pembinaan, selepas tragedi pertama pada 25 Ogos lalu, di mana seorang pemandu wanita maut dihempap besi penyangkut sebuah kren di tapak pembinaan bersebelahan pusat beli-belah Pavilion di Jalan Raja Chulan.
Chin Khoon Sing, 24, yang berasal dari Pulau Pinang maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan, akibat dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram yang jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel yang dalam pembinaan.
Kereta eksekutif pentadbiran itu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Raja Chulan, ketika kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 malam.
Pemandu wanita maut dihempap besi kren 1,000kg dekat Pavilion KL