
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu sendiri memuat naik status di media sosial pada 8.30 pagi ini, berkata:”Saya ditahan di KLIA oleh polis Bukit Aman. Setelah tiba dari luar negara. Dan akan dibawa ke IPD Dang Wangi sekarang.”
Beliau tidak menyatakan sebarang alasan kenapa polis menahanya, namun sebelum ini dilaporkan polis mencarinya berhubung kenyataan berkait dengannya di Facebook mengenai ancaman berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969, jika perhimpunan Bersih 5 tetap diadakan pada 19 November.

Laporan juga dibuat terhadapnya susulan serangan terhadap ahli Bersih 2.0 di Sabah Bernam yang dilakukan penyokong Baju Merah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan terhadap Jamal dibuat berikutan post berkaitan 13 Mei yang “menghasut”.
Posting di akaun Facebook Jamal itu diturunkan 2 minggu selepas ia dimuat naik pada 21 September. Jamal kemudian menafikan membuat post itu, menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengupah penggodam membuat “post palsu” itu.
Ahli Baju Merah dijangka berkumpul di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk menyokong Jamal dan mengadakan sidang akhbar selepas itu.
Pautan
Jangan kaitkan saya dengan catatan hasutan di Facebook Jamal, kata Guan Eng