
“Tiada sebarang aktiviti jualan produk minuman itu yang melibatkan pelajar ataupun guru sedang diadakan atau akan diadakan di sekolah (terbabit),” kata Mohd Salleh Mohd Kassim dalam satu kenyataan kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian susulan cadangan Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai Dr Vida menerusi Kempen Menjual Air Tin Minuman Pamoga bagi menjana pendapatan sekolah itu, selepas menyumbang RM20,000 kepada sekolah terbabit bagi tujuan akademik dan aktiviti kokurikulum.
Sebarang aktiviti jualan awam membabitkan murid perlu mendapat kebenaran bertulis daripada JPS bagi mengelakkan percanggahan dengan dasar Kementerian Pendidikan.
Cadangan Dr Vida mendapat pelbagai reaksi, di mana ada yang beranggapan kempen itu tidak sesuai diadakan di sekolah, lebih-lebih lagi membabitkan pelajar.