
Upacara mengangkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan ahli Parlimen lain, sebaik persidangan bermula.
Budiman, 44, menang dengan majoriti 9,191 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, pada 18 Jun lalu, mengatasi majoriti 399 undi yang diperoleh bekas penyandang dari Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noriah Kasnon.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Sains (Komunikasi) di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga adalah Adun Sungai Panjang.
Naib ketua Umno bahagian Sungai Besar itu pernah dipilih sebagai pendebat terbaik Universiti Asean pada 1996 dan pendebat terbaik Universiti-universiti Malaysia pada 1997.
Sementara Mastura, 55, berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang disandang suaminya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dengan majoriti 6,969 undi pada PRK Kuala Kangsar, juga pada 18 Jun lalu.
Graduan undang-undang universiti terkemuka perundangan dunia, Lincoln’s Inn di United Kingdom itu pernah menjadi peguam selama 6 tahun.
Ibu kepada 4 anak itu juga giat dalam dunia politik dan menjadi ahli jawatankuasa Umno bahagian Chembong, Negeri Sembilan, sebelum mengambil keputusan berehat dan memberi tumpuan kepada keluarganya.
Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian Noriah dan Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.
Pautan: