Dakwa Piagam Madinah tiada hudud, Perkasa khuatir tokoh Indonesia sebar liberalisme

Dakwa Piagam Madinah tiada hudud, Perkasa khuatir tokoh Indonesia sebar liberalisme

Perkasa mahu tapisan ke atas penceramah atau cendekiawan daripada mana pertubuhan asing khususnya Indonesia.

Hassan-Basri-Muhammad
KUALA LUMPUR:
Perkasa melahirkan kebimbangan kemasukan ahli agama atau cendekiawan dari luar terutama Indonesia kerana dibimbangi mereka mengambil kesempatan menyebarkan fahaman liberalisme di negara ini.

Kekhuatiran itu diluahkan Ketua Penerangan Perkasa, Hassan Basri Muhammad melalui kenyataan rasminya hari ini.

“Perkasa berharap penganjur berhati-hati dan membuat tapisan untuk menjemput penceramah atau cendekiawan daripada mana-mana pertubuhan khususnya Indonesia, kerana dibimbangi mereka mengambil kesempatan menyebarkan fahaman liberalisme yang sesat.

Ini susulan kenyataan yang dikeluarkan cendekiawan Indonesia, Zuhairi Misrawi yang mengatakan tidak wujud langsung perundangan mengenai hudud dalam Piagam Madinah, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Simposium Keamanan: Antara Kerajaan dan Agama di Hotel Royale Bintang, semalam.

Cendekiawan daripada Nahdatul Ulama Indonesia itu mengatakan “tidak disebut langsung hukum hudud dalam Piagam Madinah” dan “…jika anda membaca piagam tersebut tidak dijumpai hudud kecuali keamanan dan kasih sayang”.

Menurut Hassan, kenyatan itu jelas dangkal, amat mengelirukan malah boleh dianggap fitnah kepada Piagam Madinah.

“Kenyataan beliau ini dibuat secara umum tanpa kajian lanjut. Bagaimana mungkin adanya keamanan dan kasih sayang tanpa adanya undang-undang yang pastinya undang-undang Islam (hudud, qisas dan ta’zir) yang antara maqasidnya untuk menjaga keamanan agama, akal, keturunan, harta benda dan nyawa.

“Walaupun tidak dinyatakan secara jelas berhubung hukum hudud (mencuri, zina dan sebagainya) tetapi dinisbahkan pada sebarang perselisihan termasuk jenayah hudud dinyatakan dalam fasal 23 dan 24. Sementara itu undang-undang jenayah Islam dicakup juga dengan hukum qisas sebagaimana dinyatakan dibawah Fasal 21 Piagam Madinah.

Pautan:

Hudud tiada dalam Piagam Madinah, kata cendekiawan Nahdatul Ulama

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.