Saham Takata terjejas disebabkan laporan bankrap

Saham Takata terjejas disebabkan laporan bankrap

Susulan kira-kira 100 juta beg udara Takata ditarik balik kerana kerosakan, yang boleh menyebabkan kecederaan malah kematian kepada pemandu dan penumpang kereta.

takata
TOKYO: Saham Takata menjunam hampir 11% pada Selasa berikutan laporan yang mengatakan syarikat itu sedang mempertimbang untuk memfailkan muflis di Amerika Syarikat (AS), ekoran penarikan atas sebab keselamatan terbesar yang pernah berlaku dalam industri auto.

Dengan pelabur Tokyo kembali setelah cuti hujung minggu, saham tidak menentu pada awal dagangan sebelum menamatkan sesi pagi pada 348 yen ($ 3.35), turun 7.2%.

Penurunan itu susulan Wall Street Journal berkata syarikat bermasalah itu sedang “mempertimbangkan untuk memfailkan kebankrapan AS sebagai salah satu pilihan”, yang kini berhadapan kos pampasan yang besar ke atas kecacatan dikaitkan dengan 16 kematian dan beberapa kecederaan di peringkat global.

Firma itu boleh mendapatkan perlindungan mahkamah hanya untuk bahagian di AS, Bloomberg News melaporkan, memetik sumber yang tidak dinamakan yang biasa dengan perkara itu.

Kira-kira 100 juta beg udara Takata ditarik balik kerana kerosakan itu, yang menyebabkan serpihan logam dan plastik dari kanister inflator melantun kepada pemandu dan penumpang apabila beg udara terbuka.

Bahagian Pentadbiran Keselamatan Kebangsaan AS berkata, risiko terbesar adalah di kawasan panas dan lembap di AS, seperti Florida, Texas dan Pantai Teluk. Kebanyakan kes kejadian melibatkan kematian berlaku di AS dan Malaysia.

Sesetengah pembuat kereta di Jepun bimbang makluman kebankrapan itu boleh mengancam akses Takata kepada kewangan operasi dan mengganggu pembekalan beg udara, kata laporan itu, memetik pakar berhubung isu ini.

Bulan lalu, saham firma itu menjunam selepas Bloomberg News berkata ekuiti firma swasta dan pembuat bahagian kereta bersedia dengan tawaran bagi syarikat itu, dan ada yang mempertimbangkan tindakan kebankrapan drastik untuk mengurangkan liabiliti.

Syarikat berpangkalan di Tokyo – salah pembekal bahagian auto terbesar di dunia – kini mempertimbangkan bidaan daripada beberapa firma, termasuk Buyout US KKR & Co dan pembekal bumper Flex-N-Gate Corp.

Pelanggan Takata, termasuk Honda, Volkswagen dan General Motors, boleh menghadapi kos bernilai berbilion dolar yang dikaitkan dengan penarikan balik itu dan liabiliti undang-undang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.