
Bekas senator itu berkata beliau juga belum melihat secara dekat politik Malaysia pada masa ini kerana masih berada di Indonesia.
“Saya masih di Indonesia, belum dekati soal politik di Malaysia. Nanti, selepas saya kembali ke Malaysia dan dapat maklum balas daripada kawan di Malaysia (barulah keputusan akan dibuat),” katanya kepada FMT.
Ezam antara individu terkenal pada era gerakan reformasi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan Umno.
Malah, Ezam turut dilantik sebagai ketua Pemuda PKR dan setiausaha politik kepada Anwar, sebelum keluar PKR selepas berlaku konflik.
Ezam pernah dijatuhi hukuman penjara 2 tahun pada 2001 ketika menjadi ketua Pemuda PKR kerana mendedahkan maklumat sulit mengenai permit AP untuk import kenderaan.
Beliau didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi pada 2001 atas tuduhan mengenai AP yang dipegang menteri ketika itu, Tan Sri Rafidah Aziz.
Pada 2008, Ezam beralih arah dengan menyertai Umno, dilantik sebagai senator selama satu penggal dan menjadi pengarah komunikasi perbendaharaan.
Namun, pada 2 Oktober lalu, disebabkan percaya Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) disalah guna dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ezam memutuskan keluar Umno.
Pada Julai lalu, Ezam memberi komen mengenai 1MDB, mengkritik klasifikasi kerajaan terhadap laporan 1MDB oleh ketua audit negara di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Katanya, OSA hanya perlu digunakan terhadap maklumat yang berkaitan dengan keselamatan negara.
Pautan: