
PETALING JAYA: Kes senator yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadap dua orang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Gombak sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya (TPR).
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata polis ketika ini hanya menunggu keputusan untuk tindakan seterusnya.
“Kertas siasatan telah siap dan telah dirujuk pada TPR pada 5 September 2016. Belum ada keputusan dari pihak TPR,” katanya kepada FMT.
Semalam, Mohd Farouk Mohamad Ramli dan Azmi Iswan mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang ahli Dewan Negara, yang juga pemimpin Umno Bahagian Gombak.
Mereka mendakwa kejadian berlaku pada 14 Ogos lalu di Persidangan Puteri Umno Gombak.
Pautan :