JPM tidak bincang pindaan akta kahwin, cerai dengan majlis agama kerana ‘sulit’

JPM tidak bincang pindaan akta kahwin, cerai dengan majlis agama kerana ‘sulit’

Joseph Kurup berkata pihaknya sudah mengumpul pandangan pihak majlis dan akan membincangkan dengan lebih lanjut.

Joseph-Kurup_law_600
KUALA LUMPUR:
JPM tidak menjemput Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoism Malaysia (MCCBCHST) untuk berdialog dengan kerajaan berhubung cadangan pindaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Menterinya, Tan Sri Joseph Kurup berkata ini kerana draf pindaan itu adalah sulit.

Beliau mengulas kenyataan Majlis berkenaan mereka tidak dijemput untuk berdialog.

“Kami sudah mengumpul pandangan mereka dan akan membincangkan dengan lebih lanjut,” katanya selepas melancarkan sambutan Hari Malaysia anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden KLSCCCI, Datuk Ter Leong Yap.

Pada 25 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kabinet bersetuju membentangkan cadangan untuk meminda Akta berkenaan pada persidangan Parlimen akan datang.

Najib berkata ia sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani isu penukaran agama dan menambah cadangan pindaan itu akan diselaraskan secepat mungkin oleh Kementerian Dalam Negeri.

Pautan:

Pindaan akta kahwin, cerai: Pandangan badan antara agama tidak diambil

PM umum cadangan pindaan undang-undang perceraian

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.