
Ia mencerminkan komitmen Taylor’s University untuk mengintegrasikan kepimpinan dunia sebenar, diplomasi dan perspektif global ke dalam ekosistem akademiknya.
Berbekalkan pengalaman puluhan tahun dalam politik dan diplomasi, Ramos-Horta berinteraksi dengan pelajar program Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE) (Kepujian) dalam sesi dialog akademik mengenai isu serantau dan global.
Sesi bertajuk ‘A World Adrift – New World Order’ memberi peluang kepada pelajar Taylor’s University berinteraksi secara langsung dengan pemimpin tersebut, merangkumi topik seperti dinamik Asean, peranan Timor-Leste yang semakin berkembang di peringkat global, serta tanggungjawab kepimpinan global secara lebih luas.

Pelajar, Lee Yong Zi, berkata sesi itu mengubah pemahamannya mengenai kepimpinan khususnya melalui penekanan Ramos-Horta terhadap penyelesaian masalah secara praktikal berbanding idealisme abstrak.
“Ia membuatkan saya melihat kepimpinan sebagai usaha menterjemahkan idea menjadi realiti yang boleh dihayati oleh masyarakat, bukan sekadar diplomasi atau visi semata-mata,” katanya.
Lee menyifatkan sesi itu sebagai ‘perbualan peribadi dengan seorang pemimpin dunia’ yang memberikan pelajar pandangan praktikal mengenai penglibatan global.
Seorang lagi pelajar, Sri Krishna Anuj Saripalli, berkata perbincangan itu meluaskan pemahamannya mengenai landskap politik Asean.
“Perkongsian Presiden Ramos-Horta mengenai perjuangan Timor-Leste untuk mendapatkan pengiktirafan menunjukkan bagaimana sebuah negara kecil boleh mempengaruhi perbincangan serantau melalui autoriti moral dan kepimpinan berprinsip, bukan kuasa ekonomi atau ketenteraan,” katanya.

Pengarah program, Dr Deboshree Ghosh, berkata penglibatan itu membantu pelajar memahami lebih mendalam bagaimana diplomasi dan proses pembuatan keputusan beretika berfungsi dalam situasi dunia sebenar, selari fokus antara disiplin program PPE mereka.
“Beliau berkongsi pandangan tentang pembinaan keamanan, etika, diplomasi dan proses pembuatan keputusan, memberi pelajar pandangan melangkaui apa yang biasanya diajar dalam buku teks,” katanya.
Ghosh berkata, pengalaman seperti itu menjadi teras program PPE, membantu pelajar membina keyakinan dan perspektif untuk menghadapi isu global serta menyumbang kepada masyarakat.
Ramos-Horta menegaskan, pendidikan antara instrumen paling berkuasa untuk membentuk dunia yang lebih adil, berperikemanusiaan dan aman.
“Dalam saat kritikal bagi kemanusiaan ini, usaha memupuk pemikiran kritis, kepimpinan beretika dan pandangan global bukan sahaja perlu, malah amat mendesak,” katanya.

Pelantikan itu turut menandakan pengenalan Biasiswa Presiden J Ramos-Horta, bertujuan membantu seorang pelajar Timor-Leste yang layak, berprestasi akademik cemerlang dan mempunyai komitmen terhadap impak global.
Biasiswa itu mengiktiraf legasi Ramos-Horta serta komitmennya terhadap pendidikan dan pemerkasaan belia di Timor-Leste, di samping mencerminkan tumpuan Taylor’s University dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi yang boleh diakses.
Secara keseluruhannya, pelantikan, sesi dialog, dan biasiswa itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Taylor’s University untuk menghubungkan pembelajaran akademik dengan kepimpinan dunia sebenar dan penglibatan global.
Taylor’s University mengalu-alukan permohonan bagi pengambilan 2026, dengan tawaran Biasiswa Eksklusif PPE yang menampung sehingga 100% yuran pengajian.
Untuk maklumat lanjut, layari: https://bit.ly/TaylorsPhilosophyPoliticsEconomics