
Cacing pipih itu, yang diberi nama Baracktrema obamai, sangat luar biasa bukan hanya kerana ia spesies baharu, tetapi ia turut mempunyai gen sendiri.
“Ini kali pertama tindakan seperti itu diambil untuk kumpulan parasit penyu dalam tempoh 21 tahun,” kata laporan dalam Jurnal Parasitologi, baru-baru ini.
Spesies baharu itu ditemui Thomas Platt, seorang pakar parasit penyu yang baru bersara dari Kolej Saint Mary, Indiana, AS.
Thomas berkata beliau mendapat ilham untuk menamakan ia sempena nama Obama, sebahagiannya kerana cacing itu “menghadapi halangan yang sangat sukar untuk melengkapkan perjalanan mereka dan perlu berdepan dengan sistem imun hos bagi membolehkan ia matang dan membiak”.
Beliau juga dipengaruhi dengan penyelidikan genealogi yang menjejak keluarganya dan keluarga presiden AS rupanya berasal daripada moyang yang sama.
“Saya menamakan beberapa spesies sempena nama orang yang saya kagumi, seperti bapa mertua saya, penasihat PhD dan rakan baik saya yang juga ahli akademik,” katanya dalam satu kenyataan.
“Baracktrema obamai akan bertahan selagi ada kajian sistematik terhadap organisma hebat ini,” katanya.
Saintis berharap penemuan itu akan memperbaiki kesihatan umum dengan menambah kepada kajian mengenai cacing pipih berkaitan yang boleh menyebabkan skistosomiasis, penyakit menjangkiti jutaan orang setiap tahun di seluruh dunia dan boleh membawa maut.