
Lelaki itu, Mohamad Wanndy Mohamad Jedi, 26, dilabel sebagai “puppet master” (pembuat arahan) yang menjadi medium operasi IS di Malaysia dilapor mengumpul sekurang-kurangnya RM100,000 di mana ada yang digunakan untuk menyelesaikan hutang peribadi miliknya dan isterinya.
“Sebahagian besar wang digunakan untuk menampung perbelanjaannya di Syria,” kata sumber perisikan yang enggan dinamakan seperti yang dipetik oleh akhbar itu.
Tambah laporan itu, Mohamad Wanndy juga dikenali sebagai Abu Hamzah Al-Fateh.
“Dia menggesa militan di Malaysia melaksanakan serangan secara individu dan menjadi pengebom berani mati, walaupun belum ada bukti dia sendiri pernah terlibat dalam mana-mana pertempuran di Syria,” kata sumber.
Mohamad Wanndy dikatakan menyalurkan RM6,000 kepada 3 militan yang merancang menyerang ibu pejabat polis Kajang, kuil di Batu Caves dan kelab malam di Lembah Klang pada malam sebelum Hari Merdeka.
Menurut laporan itu lagi, keluarga Mohamad Wanndy menyifatkannya sebagai seorang penyendiri yang berdendam dan yang akan membalas kepada sesiapa sahaja yang berbuat zalim kepadanya.
Pautan:
Polis gagalkan cubaan serangan pengganas IS di ambang merdeka