3 maut serangan dron Rusia di selatan Ukraine

3 maut serangan dron Rusia di selatan Ukraine

Gabenor Zaporizhzhia berkata dua wanita dan seorang lelaki terbunuh, manakala seorang lagi lelaki cedera.

Kyiv Russia conflict EPA 260225
Serangan dron Rusia menyebabkan kebakaran dan rumah musnah. (Gambar EPA Images)
KYIV:
Tiga maut, manakala seorang lagi cedera dalam serangan dron Rusia di selatan Ukraine, kata gabenor wilayah itu awal hari ini.

“Malangnya, dua wanita dan seorang lelaki terbunuh, manakala seorang lagi lelaki cedera,” kata Gabenor Zaporizhzhia, Ivan Fedorov.

Beliau dalam catatan Telegram berkata, serangan itu turut menyebabkan kebakaran dan rumah musnah.

Ukraine berdepan beberapa siri serangan maut yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik pada musim sejuk, walaupun perunding sedang berusaha menamatkan konflik hampir empat tahun itu.

Pusingan rundingan seterusnya dijangka berlangsung Ahad ini, menurut Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, berkata rundingan susulan akan diadakan minggu ini dan “mungkin” ada kehadiran AS.

Pihak berkuasa Ukraine berkata, 16 maut dalam serangan di seluruh negara itu pada malam Selasa dan awal Rabu.

Enam daripadanya maut apabila dron Rusia menyerang sebuah kereta api penumpang di timur Ukraine pada Selasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.