Fomca sokong beku warga asing bekerja di restoran

Fomca sokong beku warga asing bekerja di restoran

Sebelum ini, pengusaha berkata operasi restoran 24 jam yang memerlukan pekerja asing akan menerima kesan buruk.

Mohd-Yusof-Abdul-Rahma_pekarja
PETALING JAYA:
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) tidak bersetuju dengan gesaan agar kerajaan menarik balik pembekuan pengambilan pekerja asing baru.

Timbalan Presiden Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, keutamaan seharusnya diberikan kepada rakyat Malaysia untuk bekerja di sektor seperti restoran kerana bimbang pekerja berasal dari negara yang mengalami kes wabak.

“Kita bimbang kalau dibawa pendatang asing ini, mungkin menimbulkan masalah dari segi isu ini,” katanya kepada FMT.

Semalam, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) berkata restoran yang beroperasi 24 jam akan menerima kesan buruk sekiranya kerajaan tidak menarik balik pembekuan pengambilan pekerja asing baru.

Presiden Presma Noorul Hassan Saul Hameed Noorul berkata restoran 24 jam sangat bergantung kepada pekerja asing.

Yusof mencadangkan kepada Presma memberikan “imbuhan menarik” kepada warga tempatan untuk bekerja di restoran.

“Mungkin dia tak perlukan pekerja tetap sepanjang masa, macam pelajar mungkin mereka boleh berkhidmat secara sementara dengan restoran.

“Ini bagi memastikan restoran itu ada pekerja dan ada pendapatan kepada pelajar dapatkan duit saku semasa cuti universiti. Cuma kena ada satu tarikan untuk membolehkan mereka bekerja di restoran daripada kita bergantung kepada warga asing,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.