
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, IGB berkata, pelaburan itu mencerminkan peluang menarik untuk syarikat tersebut memanfaatkan aset perniagaan pada harga yang menarik.
“IGB berhasrat menggunakan hasil tersebut bagi modal kerja dan menyokong pertumbuhan berterusannya bagi pembelian dan pelaburan yang sesuai apabila peluang-peluang seperti itu muncul,” kata syarikat itu.
Hotel tersebut memulakan operasi pada pertengahan 1996 dengan pelaburan asal sebanyak RM506.6 juta dan berdasarkan kepada penyata kewangan diaudit terkini pada 31 Dis, 2015, nilai bersih aset tersebut ialah sebanyak RM667.2 juta.