Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa turut mengumumkan Datuk Seri Mustafar Ali sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen.
Dzulkifli berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya dan mengetuai Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), pasukan yang antara lain turut disertai wakil SPRM, polis, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam.
Beliau juga merupakan anggota lembaga Jabatan Hasil Dalam Negeri.
Sebelum ini, Abu Kassim dilaporkan tidak akan meneruskan perkhidmatannya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos ini atas permintaannya sendiri.
Ali Hamsa berkata permohonan Abu Kassim mendapat perkenan Agong. Abu Kassim dilantik ketua pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010, dan paling menonjol di kemuncak penyiasatan pelbagai agensi kerajaan ke atas syarikat milik negara 1MDB tahun lalu.
