Timbalan IGP enggan layan spekulasi bakal ketuai SPRM

Timbalan IGP enggan layan spekulasi bakal ketuai SPRM

Noor Rashid tidak tahu dari mana timbulnya spekulasi berhubung pelantikannya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Deputy-Inspector-General-of-Police-Noor-Rashid-Ibrahim.--

KUALA LUMPUR:
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim enggan melayan sebarang spekulasi kononnya beliau akan dilantik sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegasnya, beliau tidak tahu dari mana timbulnya spekulasi itu dan tidak berminat mengambil tahu mengenainya.

“Saya tidak tahu cerita ini datang dari mana. Saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu,” katanya ketika dihubungi FMT pagi ini.

Malah, Noor Rashid turut menafikan laporan mendakwa beliau ditawarkan jawatan itu oleh kerajaan sewaktu lawatan rasminya ke London bulan lalu.

“Saya pun tidak tahu mengenai perkara itu. Saya tidak mahu ambil tahu, sakit kepala otak kerana banyak benda saya hendak ambil tahu,” jelasnya.

Ditanya jika ditawarkan jawatan itu adakah beliau akan menerimanya, Noor Rashid berkata: “Saya tak nak fikir. Susah kepala otak saya. Saya tak tahu.”

Oriental Daily yang memetik sumber melaporkan kerajaan mengesyorkan Noor Rashid untuk memimpin SPRM berdasarkan sikap jujur dan kebolehannya memimpin.

Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010 akan menamatkan perkhidmatannya pada 1 Ogos ini.

Beliau akan meneruskan sumbangannya kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Disember 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.