Bukan itu sahaja, permainan itu juga boleh mengancam keselamatan diri, kata Rani.
“Dan juga boleh mengakibatkan ketaksuban sehingga lupa, asyik dan sebagainya yang lebih teruk daripada benda-benda asyik dalam negara ini.
“Malaysia ini dah banyak sangat benda melalaikan, dah banyak sangat benda yang merosakkan akidah fikiran rakyat. Jadi buat apa nak bawa benda yang mengarut ini,” katanya di luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, ditemani rakan aktivis lain.
Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor mendesak aplikasi Pokemon Go diisytiharkan haram kerana kajian menunjukkan aspek negatif permainan itu melebihi aspek positif.
Rani berkata Pokemon Go mendatangkan kemudaratan kepada rakyat dan generasi muda terutamanya kanak-kanak dan menjurus ke arah “pemikiran kartun”.
“Semua orang Malaysia jadi kartun. Macam-macam kartun ada keluar dalam Malaysia,” katanya.
Beliau menggesa polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan kementerian yang terbabit mengharam permainan Pokemon Go.
