Adegan kemuncak Kabali di Malaysia diubah

Adegan kemuncak Kabali di Malaysia diubah

Catatan di Twitter mendakwa adengan kemuncak filem itu ditukar kerana lembaga penapisan filem di Malaysia.

kabali-1
PETALING JAYA: Peminat dan penonton filem Rajinikanth, Kabali di Malaysia dikatakan ditayang adegan kemuncak yang berbeza dengan filem asalnya.

(Amaran spoiler) Menurut laporan sebuah akhbar tempatan India, The New Indian Express, filem Kabali di negara India berakhir dengan kesan cahaya pudar kepada gelap selepas Rajinikanth ditembak, membiarkan penonton sendiri membuat keputusan sama ada Kabali ditembak mati atau sebaliknya.

Manakala, filem yang sama di Malaysia pula berakhir dengan ayat, “Akhirnya, Kabali menyerah diri kepada polis”.

Beberapa catatan di Twitter mendakwa adegan kemuncak filem itu ditukar kerana lembaga penapisan filem di Malaysia kerana tidak mahu menunjukkan polis seolah-olah menggalakkan pembunuhan di luar proses keadilan.

Tayangan di India menunjukkan polis Malaysia memberi senjata kepada salah seorang rakan Kabali untuk menembaknya mati.

Kabali ialah filem ke-159 lakonan Rajinikanth dan menyaksikan beliau membawa watak samseng bernama Kabalishwaran.

Filem ini diarahkan Pa.Ranjith turut dibintangi pelakon tempatan Datuk Rosyam Nor, Norman Hakin dan Zack Taipan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.