Hanya lima tahun penjara bagi warga emas cabul empat kanak-kanak

Hanya lima tahun penjara bagi warga emas cabul empat kanak-kanak

Tertuduh membayar RM2.50 seorang kepada kanak-kanak itu selepas setiap perbuatan seksual.

sexual abuse

PETALING JAYA:
Seorang lelaki berusia 68 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di Johor Baharu atas kesalahan mencabul empat kanak-kanak perempuan.

Omar Yahaya, 68, mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan empat kanak-kanak perempuan berusia antara lapan hingga 11 tahun di rumahnya di Jalan Denai, Kempas Baru, Johor kira-kira pukul 8 malam, pada 15 Mei 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah terhadap seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatan yang membawa hukuman sehingga 10 tahun penjara, atau dan sebatan.

Dia juga mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Seksyen 377E Kanun Keseksaan kerana menghasut kanak-kanak untuk melakukan perbuatan kelucahan melampau pada masa dan tempat yang sama.

Tertuduh membayar RM2.50 seorang kepada kanak-kanak itu selepas setiap perbuatan seksual.

Hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kasmun mengarahkan setiap hukuman berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 18 Mei tahun ini.

Dakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Taufik Saberi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.