Senator AS dakwa penyeludupan manusia di Malaysia serius

Senator AS dakwa penyeludupan manusia di Malaysia serius

Tahun lalu, anggota kongres dan kumpulan hak asasi manusia AS berkata penarafan di beberapa negara ditukar atas alasan politik.

Trafficking_report_600

WASHINGTON:
Wakil rakyat Amerika Syarikat (AS) bimbang Malaysia dan India diberikan penarafan istimewa tahun ini dalam laporan penyeludupan manusia Jabatan Negeri meskipun laporan itu kurang dipengaruhi oleh politik berbanding tahun lalu.

Jabatan Negeri AS memerhati secara dekat laporan Penyeludupan Manusia (TIP) yang dikeluarkan pada 30 Jun.

Selepas laporan tahun lalu yang mencetuskan kontroversi, Hubungan Luar Senat dan Jawatankuasa Dewan Hal Ehwal Luar mengadakan pendengaran untuk menyemak dapatan tahun ini, semalam.

Ranking bawah memberikan tanda hitam kepada reputasi negara berkenaan dan tertakluk kepada hukuman terhadap kerajaan dengan akses terhad bantuan daripada AS, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.

Tahun lalu, anggota kongres dan kumpulan hak asasi manusia berkata penarafan di beberapa negara ditukar atas alasan politik.

Sebagai contoh, berikutan bantahan terhadap pakar Jabatan Negeri, Malaysia dinaik taraf pada 2015, meskipun pihak berkuasa menemui kubur besar mangsa penyeludupan manusia dan kumpulan hak asasi melaporkan kegiatan buruh paksa berterusan di ladang kelapa sawit, pembinaan dan industri elektronik.

Semalam, wakil rakyat sekali lagi mempersoalkan mengapa Malaysia masih tidak diturunkan taraf.

“Sukar untuk difahami mereka ada membuat sebarang perkembangan pada 2016,” kata Senator Ben Cardin, ketua Demokrat Jawatankuasa Hubungan Luar Senat.

Susan Coppedge, yang mengetuai bahagian penyeludupan Jabatan Negeri memberitahu wakili rakyat, Malaysia dan India membuat beberapa penambahbaikan.

Beberapa wakil rakyat dan kumpulan hak asasi berkata ranking Malaysia bagi 2016 nampaknya mencerminkan peranan pentadbiran Presiden Barack Obama dalam pakatan 12 negara Perjanjian Trans Pasifik (TPP), yang turut disertai Malaysia.

Persatuan pekerja membantah TPP, kerana mereka bimbang ia akan menyebabkan kehilangan kerja di AS, dan pada masa sama tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki layanan terhadap pekerja di negara ahli.

Berkaitan dengan pendengaran semalam, Kesatuan Pekerja Komunikasi Amerika mempersoalkan sama ada TPP akan terus mempengaruhi penarafan Malaysia dan Thailand.

Pengerusi Panel Senat Republican, Senator Bob Corker menyoal mengapa India diletakkan di Tahap 2, sedangkan terdapat kira-kira 12 juta hamba di negara itu.

“Laporan itu menunjukkan beberapa perkembangan, tetapi pembabitan rasmi dalam penyeludupan sedang meluas, perlindungan untuk mangsa tidak mencukupi dan tidak konsisten,” katanya.

Laporan TIP menyusun negara mengikut tahap; Tahap 1 bagi negara yang memenuhi standard minimum AS; Tahap 2 bagi mereka yang membuat usaha penting bagi memenuhi standard itu; Tahap 2 “Senarai Pemerhatian” untuk mereka yang layak mendapat penelitian khas, dan Tahap 3 bagi negara yang gagal mematuhi standard minimum serta tidak mengambil sebarang usaha.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.