Perkasa lapor polis NGO tuduh Zakir hasut pengganas

Perkasa lapor polis NGO tuduh Zakir hasut pengganas

MCCBCHST dilihat sengaja mencetuskan kebimbangan masyarakat

PERKASA

PETALING JAYA:
Perkasa membuat laporan polis terhadap Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) susulan dakwaan mereka terhadap penceramah kontroversi, Zakir Naik.

Penolong Setiausaha Wira Perkasa Muhammad Zahiruddin Zulkamar berkata pihak terpanggil membuat laporan itu kerana tuduhan MCCBCHST adalah tidak berasas maka dilihat sengaja mencetuskan kebimbangan masyarakat.

MCCBHST sebelum ini mengeluarkan kenyataaan mendakwa Dr Zakir meracuni fikiran anak-anak muda dengan idea-idea yang membawa kepada keganasan.

“Dakwaan mereka hanya kenyataan umum kerana tiada bukti kukuh dan tiada dakwaan setakat ini yang disabitkan keatas Zakir Naik.

“Mereka dilihat seperti ingin memecah belahkan perpaduan antara rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Mereka juga dilihat sengaja mencetuskan kebimbangan dan memburukan imej agama Islam di negara ini sekaligus menyamakan Islam dengan keganasan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Sehubungan itu Perkasa mengesa pihak polis menyiasat kenyataan yang dibuat NGO terbabit kerana didakwa telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan serta menyentuh sensitiviti umat Islam.

Zahiruddin membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini bersama sekumpulan pemuda Perkasa.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.