Ketua Pengadilan Negeri setaraf majistret dan mengetuai mahkamah paling rendah dalam sistem kehakiman di Indonesia.
Media-media dalam talian tempatan memetik Ketua Biro Hukum dan Hubungan Masyarakat Mahkamah Agung, Ridwan Mansyur sebagai berkata, Erstanto Windiolelono dijatuhi hukuman gantung kerja sebagai tindakan disiplin segera dan satu tindakan lanjut akan diumumkan kemudian.
Katanya, pasukan siasatan mendapati Erstanto sememangnya melakukan perbuatan itu dan ia dianggap satu kesalahan berat serta melanggar kod etika kehakiman.
Perbuatan Erstanto menghantar surat rasmi kepada peniaga setempat di Riau didedahkan media-media tempatan baru-baru ini dan pihak Mahkamah Agung segera menghantar pasukan untuk menyiasat.
Ridwan berkata, selain digantung tugas, Erstanto juga tidak mendapat THR yang dibayar kerajaan setiap tahun sempena Aidilfitri.
Erstanto mengeluarkan surat rasmi dengan tandatangan dan cap rasmi jabatan meminta duit raya daripada syarikat-syarikat perniagaan atas alasan untuk diagihkan kepada kakitangannya.
Dua pegawainya termasuk timbalan beliau ditukarkan ke wilayah lain serta-merta.
– BERNAMA
