Johari, Siew Keong sedia pikul tugas sukar

Johari, Siew Keong sedia pikul tugas sukar

Johari dan Siew Keong berjanji akan melakukan yang terbaik untuk membantu Perdana Menteri serta negara dalam menempuh cabaran ekonomi semasa dan memajukan sektor perladangan serta komoditi negara.

johari

PETALING JAYA:
Datuk Johari Abdul Ghani akan menggunakan pengalaman sebagai timbalan menteri dan pembabitan dalam sektor korporat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Kedua yang baru.

“Pada saya, pelantikan ini merupakan penambahan kepada tanggungjawab sebelum ini dan Insyallah saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu Perdana Menteri serta negara dalam menempuh cabaran ekonomi semasa,” katanya kepada FMT.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui Kementerian Kewangan.

Terdahulu, dalam pengumuman rombakan dan penyusunan semula kabinet petang tadi, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan pangkat Johari bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menamatkan perkhidmatan atas sebab peribadi.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang baru, Datuk Mah Siew Kong berjanji akan melakukan yang terbaik untuk memajukan sektor perladangan dan komoditi di Malaysia.

“Saya tahu ia bukan tugas mudah, tetapi saya bersedia dan bercadang melakukan yang terbaik,” katanya.

Siew Keong berkata, rundingan dan taklimat akan diadakan dengan semua pihak berkaitan dalam minggu akan datang bagi meningkatkan lagi industri perladangan.

Beliau mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang meletak jawatan untuk kembali ke Sarawak sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.