“Terbaru melibatkan sedikit kekecohan antara dua penyokong (PAS dan BN) malam tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
“Keterangan mangsa dan saksi sudah diambil. Kami akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin,” kata Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, pagi ini.
Semalam, seorang penyokong BN cedera di kepala susulan pergaduhan antara penyokong PAS dan BN.
Faizul Fadli Yaakob, 31 tahun, yang cedera di kepala terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar kerana mendakwa dipukul dengan kayu bendera oleh seorang penyokong PAS.
Dalam rakaman yang dikongsi di Facebook Friend of PAS, pergaduhan itu tercetus di hadapan Bilik Gerakan PAS UPU Taman Bunga Raya selepas sepuluh penyokong BN bertikam lidah dengan penyokong-penyokong parti Islam itu.
Sementara itu, Abdul Rahim menyifatkan PRK kali ini adalah yang terbaik berdasarkan pengalamannya mengendalikan pilihan raya negeri.
“Sejak penamaan calon sehigga semalam, sebanyak 161 ceramah dan tidak ada gangguan daripada mana-mana pihak. Rakyat Malaysia sudah matang bagi saya.
“Ini adalah pilihan raya terbaik,” katanya.
