Pulau Pinang: Tidak boleh buat salinan dokumen FOI

Pulau Pinang: Tidak boleh buat salinan dokumen FOI

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus menjelaskan dokumen yang diperoleh melalui Enakmen Kebebasan Maklumat tidak boleh disalin atau didedahkan kepada orang awam.

State-Secretary-Farizan-Darus

GEORGE TOWN:
Dokumen yang diperoleh melalui Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang tidak boleh disalin dan hanya untuk kegunaan peribadi sahaja, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus.

Atas sebab itu, akuan bersumpah perlu diperlukan untuk mengambil dokumen-dokumen itu.

“Kita tidak membenarkan dokumen kerajaan negeri disalin, secara lisan atau bertulis, kerana kita tidak mahu orang ramai terkeliru.

“Orang ramai mungkin salah tafsirkan dokumen-dokumen itu,” kata Farizan dalam satu sidang media di Komtar hari ini.

Ditanya sekiranya dokumen yang diperoleh melalui FOI digunakan oleh ahli politik semasa sidang media, beliau menjawab: “Itu juga merupakan satu kesalahan.”

Sebelum itu, Farizan dan EXCO Lim Hock Seng menunjukkan borang pengisytiharaan rasmi yang diberikan kepada pemohon FOI.

Selain butiran peribadi, borang itu meminta pemohon untuk menyatakan tujuan permohonan mereka, dan tidak akan memperdagangkan dokumen dengan menjual, atau menyalin, meminjam atau membuat salinan untuk mana-mana pihak. Pemohon juga perlu berjanji untuk tidak meminda dokumen berkenaan.

Di bawah Enakmen FOI, selepas akuan bersumpah ditandatangani, pengedaran dokumen itu masih tertakluk pada budi bicara kerajaan negeri.

Hock Seng berkata Pemangku Ketua Pemdua Gerakan Jason Loo telah membayar yuran RM500 yang tidak boleh dipulangkan semula untuk memperoleh empat dokumen berkenaan terowong dasar laut RM6.3 bilion dan tiga projek jalan berkembar.

“Jason tidak menandatangi akuan bersumpah, maka kita tidak boleh proses permohonannya,” kata Hock Seng.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.