Portal itu berkata Muhyiddin, yang ditemani anggota Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), hadir memberikan sokongan kepada calon Amanah, Azhar Abdul Shukor.
Beliau dilihat beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di Pasar Awam dan Pasar Tani Pasir Panjang kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Bagaimanapun seorang pegawai GKCM ketika dihubungi FMT menafikan lawatan Muhyiddin bagi memberikan sokongan kepada Amanah.
Lawatan Muhyiddin berlaku sehari selepas beliau menafikan tuduhan terlibat dengan skandal yang dilemparkan Raja Petra Kamarudin, menerusi beberapa penulisan dalam blog Malaysia Today.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan terbuka kepada Amanah di kedua-dua kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Sementara itu, portal Amanah menganggap kedatangan Muhyiddin merupakan petanda peluang parti baharu itu menang “sangat tinggi”
“Muhyiddin tidak turun berkempen untuk calon yang dia yakin tidak akan menang tambah-tambah di saat-saat akhir macam ini,” lapornya memetik penganalisis politik.
