
Setakat ini tiada penjelasan lanjut dikeluarkan berhubung perubahan pada paparan tersebut, lapor Bernama.
Menerusi akaun berkenaan, gambar Ahli Parlimen Pagoh itu dimuat naik bersama perkataan ‘Undur Muhyiddin’ yang ditukar malam tadi, selain status berbunyi ‘Masanya sudah tiba’ yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
Difahamkan, mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dijadual berlangsung di kediaman presiden parti itu pada 10 pagi ini.
Krisis dalaman parti semakin memuncak apabila 17 ahli Bersatu dipecat oleh lembaga disiplin setakat semalam, termasuk empat Ahli Parlimen dan dua Adun.