4 mangsa culik akhirnya tiba di Sarawak

4 mangsa culik akhirnya tiba di Sarawak

Mereka tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 9 pagi tadi.

culik1

PETALING JAYA:
Empat mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf yang dibebaskan Rabu lalu akhirnya tiba di kampung halaman, Sarawak hari ini.

Menurut laporan China Press, empat pemuda itu tiba di Lapangan Terbang Sibu, Sarawak pada jam 9 pagi tadi untuk bersatu dengan keluarga mereka.

Semalam, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan sebagai berkata, proses mengambil keterangan mangsa untuk tujuan dokumentasi dan bagi mengenal pasti penculik mereka serta beberapa perkara lain.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan rakan sekerja mereka, Wong Hung Sing, 34, yang diculik di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lalu.

Sebaik sahaja dibebaskan Rabu lalu, empat tebusan itu segera dibawa menaiki bot selama lapan jam dari Jolo ke Sandakan.

Mereka kemudiannya menjalani pemeriksaan kesihatan dan berjumpa dengan ahli keluarga di Sandakan sebelum diterbangkan ke Kota Kinabalu dengan pesawat PDRM pada Khamis lalu untuk diambil keterangan susulan sehingga semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.