Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata apa yang Rafizi lakukan itu jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin yang kurang cerdik.
Katanya, Rafizi perlu berhenti mencari kesalahan orang lain termasuklah memburukkan Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak dengan kembali kepada tugas asal menjaga rakyat di kawasan yang dimenanginya.
“Saya melihat Rafizi ini seorang ahli Parlimen yang kurang cerdik, dia tak tahu buat kerja sebagai wakil rakyat, tetapi kerja dia hanya memburukkan orang lain (Rosmah dan Najib).
“Sebagai ahli Parlimen dia bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan sendiri, selesaikan masalah rakyat, saya lihat beliau jarang turun ke kawasan tetapi kerja dia hanyalah memaksa orang mengikutinya dan memburukkan seseorang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Shopping Raya untuk anak yatim dan golongan berpendapatan rendah di AEON Quill City Mall hari ini.
Syed Ali pada masa sama meminta ahli Parlimen Pandan itu supaya berhenti membodohkan rakyat dengan isu yang tidak menguntungkan rakyat.
“Beliau (Rafizi) tidak layak (jadi ahli Parlimen) kalau kerja dia hanyalah untuk memburukkan orang saja, dia buat kerja sebegini (memburukkan orang), semua orang boleh buat kerja bodoh ini.
“Rafizi kena belajar bagaimana cara nak jadi ahli Parlimen, dia kena belajar cara bagaimana seorang pemimpin turun ke bawah, jumpa rakyat selesaikan masalah rakyat,” katanya.
Semalam masuk hari ketiga Rafizi mendedahkan mengenai perjalanan Rosmah menggunakan jet peribadi kerajaan dengan memuat naik video menunjukkan Rosmah menaiki pesawat milik Emirates Airline dengan pegawainya membawa jumlah beg yang banyak ke dalam pesawat.
