Najib membuat pengumuman itu sempena lawatan rasmi beliau ke KUISAS sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid KUISAS.
“Bagi kesinambungan sejarah Kuala Kangsar iaitu antara bandar pendidikan tertua di Malaysia yang menempatkan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar dan Madrasah Idrisiah, kerajaan pusat bersetuju untuk menempatkan KUISAS sebagai universiti penuh di Kuala Kangsar dan diberikan geran,” katanya.
Najib mengadakan lawatan sehari ke bandar diraja itu hari ini sempena PRK Kuala Kangsar yang bakal berlangsung pada 18 Jun ini.
Semalam, calon BN di PRK Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid mengumumkan manifestonya yang terdiri daripada lima agenda termasuk menaik taraf KUISAS menjadi universiti awam.
PRK Kuala Kangsar bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mastura; calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad; calon AMANAH, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
