Dua beranak rentung dalam letupan kereta

Dua beranak rentung dalam letupan kereta

Menurut saksi, kereta itu meletup dua kali dan mangsa yang cuba keluar dari kereta itu gagal diselamatkan orang ramai.

PDRM kereta terbakar

LABUAN:
Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila kereta Proton Gen 2 mereka terbakar berhampiran sebuah Tadika di Jalan Tanjung Bendera, tengah hari tadi.

Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata, mangsa dikenali sebagai Yunus Japar, 39, dan anaknya yang berusia 5 tahun, Muhamad Darwisy Haiman.

Beliau berkata, mereka dalam perjalanan dari Jalan Tanjung Bendera menuju persimpangan Tadika Chi Hwa apabila kereta itu tiba-tiba terbakar dan meletup.

“Saksi berkata kereta itu meletup dua kali dan mangsa cuba keluar dari kereta itu dan cuba diselamat oleh orang ramai tetapi gagal,” katanya.

– BERNAMA

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.