
Ketua Polis Sandakan, George Abd Rakman, berkata nahas itu membabitkan motosikal dinaiki tiga sekeluarga dari arah pusat bandar menghala Beluran dan sebuah kereta dari arah Bukit Garam ke pusat bandar Sandakan.
“Semasa tiba di lokasi, motosikal tersebut cuba memotong sebuah kenderaan lain dengan memasuki laluan bertentangan, namun bertembung sebuah lagi kereta dari arah bertentangan.
“Mangsa tujuh tahun yang membonceng motosikal itu meninggal dunia di lokasi, manakala ibunya disahkan maut semasa menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, mayat dua beranak itu dibawa ke unit forensik untuk bedah siasat, manakala seorang lagi penunggang motosikal dan pemandu kereta yang cedera dirawat di hospital sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.