Lebih memburukkan keadaan, hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya merupakan hujan batu dan ribut yang agak lebat.
Hujan tersebut telah menyebabkan beberapa struktur dan kawasan rosak akibat ribut kuat yang melanda.
Difahamkan juga, kawasan di sekitar Bukit Jalil merupakan kawasan yang paling terjejas akibat hujan batu dan ribut itu.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia pada 5:53 petang menyatakan berlaku ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang.
Ia berlaku di beberapa kawasan seperti di negeri Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Malah, turut berlaku di negeri lain seperti Negeri Sembilan (Daerah Jelebu dan Seremban), Johor (Daerah Segamat dan Mersing), Terengganu (Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Dungun), Labuan, dan Sarawak di Bahagian Limbang, Sarikei dan Samarahan dijangka berterusan sehingga awal malam, Jumaat 3 Jun 2016.
Di Twiter, beberapa pengguna turut berkongsi gambar-gambar kejadian ribut dan hujan batu itu. Malah, di Instagram, selebriti tanah air, Datuk Aznil Nawawi turut berkongsi rakaman videonya.