Najib tunai solat jenazah menantu TPM

Najib tunai solat jenazah menantu TPM

Najib tiba di Masjid An Nur, Country Heights di Kajang pada jam 8.50 pagi tadi bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

najib-menantu-zahid
PETALING JAYA: Perdana Menteri menziarahi serta menunaikan solat jenazah menantu Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia semalam.

Menurut laporan BH Online, Datuk Seri Najib Razak tiba di Masjid An Nur, Country Heights di Kajang pada jam 8.50 pagi tadi bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut disambut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain.

Allahyarham yang berusia 44 tahun meninggalkan seorang isteri, Datuk Nurulhidayah, 37, dan tiga anak, iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea.

Beliau meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar, petang semalam.

Menurut laporan Bernama, Ahmad Zahid yang baru kembali ke tanah air selepas melakukan lawatan kerja
ke Jepun sejak Ahad lalu, bersama isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis serta ahli keluarga, rakan serta mereka yang mengenali Syed Alman Zain menziarah jenazah Allahyarham di Surau An-Nur pagi tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.