Bung nasihat pemimpin laksana tugas sendiri

Bung nasihat pemimpin laksana tugas sendiri

"Saya mengisi petrol dengan sendiri sejak sekian lama terutama apabila saya berada di kawasan saya (Kinabatangan) dan berjalan di kampung."

bung-VVIP

PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkongsi rakam layar gambar Presiden Rusia Vladimir Putin mengisi petrol untuk keretanya sebagai satu contoh pemimpin yang baik.

Katanya, pemimpin di negara ini perlu mencontohi Vladimir Putin yang melaksanakan sendiri tugasnya itu.

“See this guy, boleh kah semua vvip berbuat seperti presiden Russia?” tulisnya.

Pada masa yang sama, dalam satu temubual bersama akhbar The Star, Bung juga mengulangi agar pemimpin kita perlu melakukan kerja mudah supaya rakyat akan menyenangi mereka.

“Pemimpin harus dilihat melakukan tugas harian dengan sendiri sama seperti individu biasa.

“Saya mengisi petrol dengan sendiri sejak sekian lama terutama apabila saya berada di kawasan saya (Kinabatangan) dan berjalan di kampung.

“Saya seperti kebanyakan orang biasa,” katanya.

Namun perkongsian gambar tersebut dalam Facebook menerima pelbagai reaksi daripada para netizen.

Mra Legacy menulis, “Mulakan dgn YAB PM kita…saya pasti semua YB akan ikut.”

Manakala Fika Shirah pula berkata, “Tak boleh dinafikan lagi dia ni tak sombong tidak mengikut protokol lagi terbaik semoga menjadi contoh pada pemimpin yg lain.”

Michael Salung pula menyindir dengan berkata di Malaysia pemimpin bawa keluarga makan malam di luar pun menggunakan polis pengiring.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.