Tertuduh, Woong Choon Loong, 41, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Abdul Karim, lapor Berita Harian.
Menurut kertas pertuduhan, Choon Loong didakwa mengugut melalui telefon menyatakan terdapat bom dalam pesawat Firefly 3251 dengan niat untuk mewujudkan rasa takut di pejabat perkhidmatan awam pelanggan Firefly, Citta Mall, Jalan PJU 1A/48, di sini, jam 7.36 petang, pada 17 Mei lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun ini untuk sebutan semula kes.
