
Agensi berita melaporkan Krishna Kumar berjaya memeluk 83 pelajar, tetapi beberapa pelukan tidak disahkan dan hanya 79 pelukan dikira Rekod Dunia Guinness.
Kumar sebelum ini memegang rekod yang sama apabila berjaya membuat 77 pelukan dalam tempoh satu minit.
Kumar membuat aksi berkenaan pada 5 Mac lalu dan baru disahkan serta videonya dimuat naik di laman Facebook Rekod Dunia Guinness baru-baru ini.
Dia berjaya melakukan aksi itu dengan bantuan pelajar di sebuah sekolah di bandar ini.
Kumar dipetik sebagai berkata pelukan menaikkan moral seseorang dan tiada sebab yang lebih baik untuk membuat pelukan.
“Saya gembira kerana berjaya memecahkan rekod ini dan berazam untuk mencipta satu lagi rekod,” katanya.